Lima lelaki Indonesia ditahan bantu siasatan kematian rakan senegara

Lima lelaki Indonesia ditahan bantu siasatan kematian rakan senegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Lima orang lelaki warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang rakan senegara mereka di Paloh di sini semalam.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki Indonesia berusia 30-an maut dipercayai akibat tikaman di dada.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis pada kira-kira pukul 9.36 pagi selepas mangsa dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini dan disahkan meninggal dunia.

“Hasil siasatan membawa kepada penahanan lima suspek warga berusia antara 21 hingga 31 tahun di sekitar Paloh kira-kira pukul 1 pagi tadi.

“Semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan awal air kencing juga negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN