Kes tembak ada kaitan kongsi gelap?

Kes tembak ada kaitan kongsi gelap?

MOHAMED USUF JAN MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan dua kes tembakan yang berlaku di ibu negara dalam tempoh empat hari baru-baru ini ada kaitan dengan kongsi gelap.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, siasatan yang dijalankan menunjukkan kedua-dua kes itu membabitkan elemen kongsi gelap.

“Bagaimanapun sama ada suspek diupah atau tidak ia belum dapat dipastikan. Siasatan masih berjalan dan usaha memburu semua suspek sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, polis memberi jaminan tahap keselamatan di ibu negara masih terkawal dan aman susulan dua kes tembakan dalam tempoh empat hari di Brickfields dan Cheras baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, kedua-dua kes tembakan dipercayai mempunyai sasaran tertentu akibat permusuhan kumpulan berkenaan.

Beliau berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan dan ketenteraman awam.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian tembak membabitkan dua lelaki di hadapan sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras di sini, pada tengah malam Isnin lalu dipercayai akibat aktiviti penyeludupan di Sibu, Sarawak.

Manakala kejadian tembak di Brickfields Jumaat lalu pula dipercayai akibat konflik aktiviti jenayah di Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN