Polis tahan lelaki disyaki terlibat kes tembak pencari petai

Polis tahan lelaki disyaki terlibat kes tembak pencari petai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang pemburu haram ditahan berhubung kes tembakan yang mencederakan seorang pencari petak di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling, di sini, pada 12 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada 14 Disember lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah sebelum dibawa ke Kuala Pilah bagi membantu siasatan.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula 15 hingga 21 Disember bagi membantu siasatan. Semakan juga mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat secara langsung dalam kejadian tembakan berkenaan serta pihaknya turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu bagi tujuan siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sebelum ini media melaporkan seorang lelaki berusia 47 tahuni cedera parah selepas ditembak individu tidak dikenali ketika mencari petai di kawasan hutan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN