Pasangan kekasih curi barang kemas RM111,000 dicekup

Pasangan kekasih curi barang kemas RM111,000 dicekup

Curi barang kemas
PELBAGAI barangan termasuk barang kemas dirampas polis selepas menahan pasangan kekasih (gambar kecil) yang disyaki mencuri barang kemas bernilai lebih RM111,000 dekat sebuah kedai emas di sini, 26 April lalu, di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Persembunyian sepasang kekasih yang disyaki mencuri barang kemas bernilai lebih RM111,000 dekat sebuah kedai emas di sini, 26 April lalu berakhir apabila mereka dicekup polis kelmarin.

Dua suspek lelaki dan wanita berusia 25 serta 23 tahun itu ditahan di sekitar Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, kira-kira pukul 3.20 petang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal terhadap pasangan yang tidak mempunyai pekerjaan itu mendapati mereka melakukan perbuatan tersebut kerana tiada sumber kewangan kukuh untuk memulakan hidup baharu.

“Penahanan mereka juga membawa kepada rampasan barang kemas yang dicuri, pakaian dan telefon bimbit. Ada daripada barang kemas dipajak dan dijual. Kesemuanya bagaimanapun dirampas di sekitar Klang,” katanya hari ini.

Tambah Mohd. Iqbal, hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek bebas daripada sebarang pengaruh dadah, mereka juga tiada sebarang rekod jenayah lampau. .

“Mereka kini direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Sebuah kedai emas sebelum ini dilapor mengalami kerugian RM111,743 selepas tiga utas rantai tangan dan dua cincin emas dilarikan suspek berpura-pura hendak membeli barang kemas itu.

Polis menerima laporan mengenai kejadian tular itu daripada seorang wanita berusia 26 tahun yang juga jurujual kedai berkenaan, pukul 4.55 pagi, 27 April lalu

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, dua suspek kononnya mahu membeli barangan kemas sebelum bertindak mencurinya ketika jurujual sibuk mengambil pelbagai barangan lain.

Kehilangan itu hanya disedari selepas pasangan itu beredar dan berdasarkan hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN