Lima individu tidak berpuasa ditahan JAIM

Lima individu tidak berpuasa ditahan JAIM

PENGUAT kuasa JAIM mengambil butiran seorang lelaki yang ditahan kerana membeli minuman di sebuah restoran di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan lima individu selepas dipercayai tidak berpuasa dengan makan di khalayak ramai, sepanjang empat hari umat Islam menjalani ibadah puasa tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, kesemua mereka ditahan di beberapa restoran yang menjadi lokasi panas tumpuan kaki ponteng puasa.

Menurutnya, penguatkuasaan yang dijalankan sejak hari pertama Ramadan dibuat berdasarkan intipan dan aduan orang awam kepada JAIM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua mereka yang ditahan perlu datang ke JAIM untuk menjalani sesi kaunseling. Tahun lalu JAIM berjaya menangkap 96 individu atas kesalahan tidak berpuasa dan makan secara terbuka di khalayak ramai.

“Operasi Ramadan ini akan dilaksanakan secara berterusan di seluruh daerah di negeri ini dan bukan sahaja tertumpu di Bandaraya Melaka sahaja.

“JAIM bertanggungjawab dalam operasi yang dijalankan termasuk siasatan, pencegahan dan pendakwaan akan dilakukan ke atas mereka yang melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas operasi di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Dari empat lokasi yang diserbu penguat kuasa JAIM hari ini, hanya seorang lelaki ditahan di sebuah restoran mamak kerana didapati membeli dua bungkus minuman dan makanan.

Rahmad berkata, amaran telah diberikan kepada pemilik premis agar tidak menjual makanan atau membenarkan pelanggan beragama Islam makan di premis mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini