MELAKA: Reman enam suspek sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah antarabangsa yang dipercayai menggunakan Pantai Klebang di sini sebagai transit, disambung selama tujuh hari. Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, reman kesemua suspek yang berusia 40 hingga 74 tahun itu disambung bagi membantu siasatan. “Untuk makluman kesemua (suspek) yang ditahan disambung reman bermula semalam sehingga 4 Mac ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, polis menumpaskan satu sindiket dadah selepas enam individu termasuk dalangnya ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Pahang, Melaka dan Johor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya