Polis lengkap siasatan dakwaan 6 anggota terlibat kes curi - Utusan Malaysia

Polis lengkap siasatan dakwaan 6 anggota terlibat kes curi

V. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Polis telah melengkapkan siasatan berkaitan tangkapan seorang pegawai dan lima anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selangor berhubung kes kecurian pelbagai barangan di rumah seorang lelaki di Air Itam, di sini baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V. Saravanan berkata, kertas siasatan kes terbabit sudah dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

“IPK akan rujuk kes ini ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Bukit Aman.

“Kes ini diserahkan ke Bukit Aman terlebih dahulu kerana ia membabitkan pegawai dan anggota sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk arahan seterusnya,” katanya pada sidang media di IPD Timur Laut, di sini hari ini.

Ahad lalu, media melaporkan seorang pegawai dan enam anggota polis yang bertugas di Selangor ditahan 10 November lepas bagi membantu siasatan kes curi di rumah seorang lelaki membabitkan kerugian lebih RM10,000 baru-baru ini.

Mereka yang berusia antara 31 hingga 55 tahun itu ditahan selepas mangsa berumur 40 tahun membuat laporan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin turut mengesahkan penahanan semua pegawai dan anggota polis itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya