Bantu baiki paip, jadi alasan elak dicekup berkhalwat

Bantu baiki paip, jadi alasan elak dicekup berkhalwat

PASANGAN kekasih yang ditahan penguatkuasa JAIM dalam serbuan Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Alasan diberikan seorang pemuda kononnya hadir ke rumah sewa kekasihnya di sini untuk membaiki paip tidak berhasil, apabila pasangan itu ditahan selepas dipercayai berkhalwat oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), dalam serbuan Isnin lalu.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan berusia 22 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 malam hasil maklumat disalurkan melalui platform Rakan Setiaku JAIM (Raseim).

Beliau berkata, semasa serbuan si wanita yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Melaka memberitahu, rumah berkenaan hanya didiami beberapa wanita yang merupakan penyewa bersama.

“Pegawai bertugas menegaskan menerima aduan daripada Raseim mengenai seorang lelaki dilihat masuk ke rumah itu sekitar pukul 6 petang dan dia akhirnya mengaku.

“Teman lelakinya berada dalam bilik tidur dan hasil soal siasat, pemuda itu memberikan alasan datang ke rumah berkenaan bagi membantu membaiki paip air tersumbat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

CHE SUKRI CHE MAT

Tambah Che Sukri, semasa ditahan si lelaki lengkap berpakaian dan kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan tanpa hubungan yang sah.

Ujarnya, JAIM menyeru masyarakat Islam di negeri ini menyertai Raseim menerusi aplikasi Telegram yang terbukti berkesan dan efisien dalam proses penyaluran maklumat terutama melibatkan kesalahan syariah.

“Orang awam dialu-alukan menyertai Raseim menerusi pautan https://t.me/RASEIM bagi membantu pencegahan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang syariah di Melaka,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya