Nenek 91 tahun dibunuh selepas disamun

Nenek 91 tahun dibunuh selepas disamun

LOKASI rumah mangsa yang maut dalam kejadian samun dan bunuh di Kampung Pulai Darat, Merlimau, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seorang nenek berusia 91 tahun yang tinggal berseorangan di rumahnya di Kampung Pulai Darat, Merlimau di sini ditemui maut dipercayai dibunuh dalam kejadian samun, awal pagi tadi.

Tragedi yang menimpa warga emas, Misah Md. Amin, 91, disedari oleh jirannya yang juga seorang lelaki warga Indonesia menyewa berhampiran lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintenden Mohd. Fadzli Othman berkata, polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 3.54 pagi.

“Satu laporan diterima mengatakan ada satu kejadian samun sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah di Kampung Pulai Darat.

“Sepasukan pegawai dan anggota telah pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut dan menemui mangsa iaitu seorang warga emas berusia 91 tahun,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Fadzli, hasil risikan bersama maklumat orang awam, seorang suspek berusia 20 tahun berjaya diberkas di kawasan sama pukul 8 pagi tadi.

Jelasnya, suspek merupakan penganggur yang mempunyai tiga rekod jenayah termasuk kes samun di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.