Pelajar 16 tahun sakit di perut, kencing berdarah dibelasah 'senior' - Utusan Malaysia

Pelajar 16 tahun sakit di perut, kencing berdarah dibelasah ‘senior’

ZAIHAM MOHD. KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang pelajar berusia 16 tahun dipukul rakan ‘senior’ ketika berada di asrama sebuah sekolah menengah di daerah ini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, siasatan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa semalam.

“Mangsa mengadu sakit pada bahagian perut dan kencing berdarah pada pukul 10 pagi, semalam ketika berada di rumah dan bapanya membawa anaknya ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan, pihak hospital mengesyaki mangsa dipukul dan selepas bapanya bertanya lebih lanjut barulah mangsa menceritakan kejadian sebenarnya, iaitu dipukul pelajar ‘senior’ kira-kira pukul 2 pagi hari Jumaat semasa berada di asrama sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pelajar ‘senior’ yang didakwa membelasah mangsa berusia 17 tahun dan tinggal di asrama sekolah menengah berkenaan.

“Pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong sudah pun menghubungi pihak sekolah bagi melakukan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Akta Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya