Sindiket seludup diesel tumpas, rampasan RM10.7 juta - Utusan Malaysia

Sindiket seludup diesel tumpas, rampasan RM10.7 juta

KAMARUL ZAMAN MAMAT (dua dari kanan) meninjau lokasi yang menjadi markas operasi sindiket penyeludupan minyak diesel di Jeti Sungai Tiram, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kegiatan satu sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang menjadikan kawasan tersorok sebagai markas  terbongkar selepas diserbu polis Johor di Jeti Sungai Tiram, di sini Ahad lalu.

Dalam serbuan pukul 1 pagi itu, seramai 19 ahli sindiket diberkas ketika mereka sibuk memindahkan minyak diesel dari lori ke kapal tangki yang bersauh di jeti berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, individu yang diberkas terdiri daripada 11 warga tempatan serta lapan warga asing berusia  26 hingga 58 tahun.

Menurut beliau, sindiket itu baru sebulan beroperasi dengan menjadikan lokasi tersorok, berpagar serta berhampiran laut atau sungai sebagai tempat transit penyeludupan minyak diesel bersubsidi sebelum dipindahkan ke perairan antarabangsa.

“Dalam serbuan ini, pihak kita  merampas tiga buah lori tangki berisi 122,000 liter diesel, sebuah kapal tangki, hos pam minyak serta lain-lain peralatan.

“Nilai diesel yang dirampas RM390,400 dan nilai rampasan keseluruhan termasuk kapal tangki adalah RM10.7 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Jeti Sungai Tiram, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, hasil maklumat awal, minyak tersebut  dibeli dari stesen-stesen minyak dari seluruh negara pada harga RM2.50 satu litar dan dijual semula RM3.50 seliter.

Semakan rekod mendapati enam daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala lapan lelaki asing tidak mempunyai dokumen perjalanan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya