Janin bayi cukup sifat ditemukan dalam mangkuk tandas - Utusan Malaysia

Janin bayi cukup sifat ditemukan dalam mangkuk tandas

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Janin bayi cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira 4.57 petang dan sepasukan pegawai serta anggota menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati janin lelaki yang dianggarkan berusia enam hingga lapan bulan itu dibuang ke dalam mangkuk tandas di stesen minyak tersebut.

“Janin itu dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya