Dua lelaki rompak kedai emas ketika solat Jumaat diburu - Utusan Malaysia

Dua lelaki rompak kedai emas ketika solat Jumaat diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika orang ramai sibuk menunaikan solat Jumaat, dua lelaki dipercayai mengambil kesempatan untuk melakukan rompakan di sebuah kedai emas dekat Dataran Palma, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.41 tengah hari itu, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian oleh seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan awal mendapati dua lelaki dipercayai warga tempatan memakai topi keledar berpenutup penuh dan berjaket gelap meluru masuk ke dalam premis.

Kata beliau, mereka kemudiannya melompat ke bahagian dalam lalu menuju ke arah kaunter.

“Suspek kemudian bertindak mengambil barang kemas yang dipamerkan di belakang dinding premis sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, kedua-dua suspek tidak bersenjata dan kesemua pekerja juga tidak dicederakan.

Beliau berkata, semasa kejadian, kesemua pekerja berlindung di sebalik stor dalam kedai emas berkenaan.

“Setakat ini, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak berkumpulan,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya