Tiga pusat hiburan dikompaun - Utusan Malaysia

Tiga pusat hiburan dikompaun

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 67 pengunjung tiga premis hiburan dikenakan kompaun berjumlah RM70,000 selepas didapati melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB), Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 2021.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, semua premis hiburan didapati melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam.

Beliau berkata, sembilan kompaun dikeluarkan terhadap pengunjung di premis pertama manakala  31 kompaun dikeluarkan terhadap pengunjung di premis kedua.

“Sebanyak  27 kompaun dikeluarkan terhadap pengunjung di premis ketiga.

“Polis turut mengeluarkan tiga kompaun terhadap pemilik premis hiburan dengan nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM70,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azman Ayob berkata, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang masih dikuatkuasakan demi mengurangkan penularan jangkitan wabak berkenaan.

“Jika terdapat sebarang maklumat pelanggaran SOP terutama di premis hiburan, orang ramai boleh menyalurkan maklumat tersebut melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang boleh dimuat turun menerusi telefon.

“Polis Kuala Lumpur amat menghargai sebarang bentuk maklumat daripada anda demi kesejahteraan masyarakat bersama,” katanya.-UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN