Remaja 14 tahun seludup ketum, RM60 sekali trip - Utusan Malaysia

Remaja 14 tahun seludup ketum, RM60 sekali trip

ketum
TANAMAN ketum dikatakan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pekebun kecil dan nilainya sangat tinggi jika dieksport ke Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Latar belakang keluarga susah selain ingin mencari duit dengan cara mudah mendorong remaja atau pelajar sekolah seawal usia 14 tahun terlibat dengan aktiviti penyeludupan ketum di negeri ini.

Golongan remaja yang terlibat dengan kegiatan penyeludupan itu difahamkan menerima upah antara RM50 hingga RM60 bagi satu perjalanan menyeludup daun berkenaan ke Thailand melalui lorong-lorong tikus di jalan berbukit sempadan, Padang Besar.

Remaja terbabit dikatakan membawa guni berisi kira-kira 30 kilogram daun ketum bagi sekali perjalanan dan mampu menerima pendapatan lebih lumayan bergantung kepada jumlah trip yang mampu dalam sehari.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, pendapatan
remaja terbabit bergantung kepada jumlah perjalanan yang mampu mereka lakukan melalui aktiviti penyeludupan daun ketum.

Katanya, pada tahun lalu, sebanyak sembilan tangkapan dilakukan melibatkan golongan remaja berusia 14 hingga 17 tahun yang terlibat dengan kegiatan penyeludupan ketum itu.

“Kesemua tangkapan tersebut dibuat di sekitar Padang Besar manakala belum ada lagi tangkapan melibatkan remaja pada tahun ini.

“Ada antara mereka (remaja) yang masih lagi bersekolah dan ada juga yang sudah tidak bersekolah. Jika dilihat daripada segi latar belakang, mereka ini datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Sesetengah remaja ini mula terlibat dalam aktiviti penyeludupan ketum ini setelah terpengaruh dengan rakan-rakan lebih dewasa selepas melihat mereka mampu menjana pendapatan lumayan dengan cara mudah melalui aktiviti seludup ketum ini,” katanya.

Tambah Surina, masalah penyeludupan daum ketum yang turut melibatkan remaja dipandang serius oleh pihaknya yang akan terus mengekang aktiviti terlarang itu.

Sementara itu, Surina memberitahu, hampir 90 peratus daun ketum yang diseludup keluar di sempadan negara melalui Perlis adalah daripada Naka, Kedah.

Katanya, dari awal tahun sehingga 16 Mac, sebanyak 20,415 kilogram daun ketum bernilai RM204,150 dirampas.

“Sebanyak 181,662 kilogram daun ketum dianggarkan bernilai RM1.82 juta dirampas bagi keseluruhan tahun lalu,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya