Pusat hiburan di Lorong Haji Taib diserbu - Utusan Malaysia

Pusat hiburan di Lorong Haji Taib diserbu

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebuah pusat hiburan di Lorong Haji Taib Dua, dekat sini diserbu polis selepas beroperasi dengan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 awal pagi ini.

Dalam serbuan pada pukul 1 pagi itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menjalankan pemeriksaan ke atas premis terbabit.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua mereka yang ditahan terdiri 27 orang melibatkan 15 lelaki, 10 wanita dan dua warga asing iaitu seorang lelaki serta seorang wanita berusia 35 hingga 41 tahun.

Kata beliau, kesemua 25 warga tempatan dikompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang manakala tangkapan seramai dua bukan warganegara disiasat mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (PPN) 2021 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959 dan 1963.

“Justeru, orang ramai dinasihati supaya terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN