Kes Rohana: beberapa individu lain akan dipanggil - Utusan Malaysia

Kes Rohana: beberapa individu lain akan dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa individu lain berkait siasatan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Rohana Rozhan.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki menjelaskan, buat masa ini, beliau tidak boleh berkongsi makluman mengenai individu-individu terbabit. 

Menurutnya, kerjasama pihak AGC (Jabatan Peguam Negara) juga diperlukan untuk  ambil keterangan daripada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bagi membantu siasatan itu.

Ditanya samada individu yang akan di panggil itu termasuk bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner, Azam berkata, Leissner kini masih dalam perbicaraan kes di Amerika Syarikat. 

“Saya tidak boleh mengulas banyak mengenai keterangan beliau (Leissner) kerana beliau masih lagi memberi keterangan. Jadi, saya rasa kurang enak untuk ulas pasal keterangan dia,” katanya. 

Katanya, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan memanggil Rohana semula untuk memberi keterangan mengenai perkara itu sekiranya perlu.

Azam berkata, ketika ini, pihaknya sedang berusaha mengembalikan wang tunai dan aset berjumlah USD10 juta yang dikaitkan dengan 1MDB dalam siasatan terhadap Rohana.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan sudah membekukan aset Rohana di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Ia susulan SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner, yang mendedahkan hubungannya dengan Rohana terjalin sejak 2003 hingga 2013.

Leissner telah memberi keterangan di Mahkamah AS bahawa dia membeli sebuah rumah bernilai USD10 juta di London pada 2013 untuk Rohana, selepas kekasih sulitnya itu mengugut akan mendedahkan pembabitannya dalam skandal 1MDB. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya