Lima wanita warga asing terlibat pelacuran ditahan dalam Op Gegar - Utusan Malaysia

Lima wanita warga asing terlibat pelacuran ditahan dalam Op Gegar

SERBUAN dan sebahagian warga asing yang ditahan dalam Op Gegas yang dijalankan JIM Negeri Sembilan di sebuah hotel di Seremban kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai lima wanita warga asing ditahan dalam Op Gegar yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan di sebuah hotel di bandar ini, kelmarin.

Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kang berkata, serbuan kira-kira pukul 3.30 petang itu adalah berdasarkan aduan dan telah melakukan pemeriksaan terhadap bilik-bilik yang disyaki adanya warga asing berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan, seramai lima orang warga asing dari negara Thailand telah ditahan kerana disyaki melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran dan tinggal di Malaysia tanpa suatu pas yang sah.

“Dua orang warga asing ditahan kerana telah melakukan kesalahan di bawah  Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana telah tinggal di Malaysia di atas pas lawatan sosial yang telah tamat tempoh.

“Tiga orang warga asing yang lain pula telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk serta tinggal di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Ai Kang, dua orang warga tempatan disyaki sebagai pelanggan juga telah diberikan notis untuk hadir memberi keterangan.

“Kesemua warga asing tersebut akan direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut,” kata beliau.

Sementara itu, katanya, hasil risikan juga mendapati premis berkenaan sering dikunjungi oleh pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.

“Pakej yang disediakan pula adalah selama 30 minit sehingga 12 jam dengan kadar bayaran Rm168 sehingga RM670.

“Kesemua urusan tempahan dilakukan hanya melalui aplikasi Wechat, WhatsApp dan Telegram. Ketika serbuan dilakukan, terdapat segelintir pelanggan yang cuba melarikan diri ke atas siling.

“Bagaimanapun cubaan tersebut berjaya dipatahkan oleh pegawai kepungan dan pelanggan terbabit berjaya ditahan. Turut dijumpai sejumlah kondom, cecair pelincir serta sejumlah wang dipercayai hasil daripada kegiatan pelacuran,” ujar beliau lagi. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya