Dana MITRA : penerima tipu invois, 'mark up' harga perbelanjaan - Utusan Malaysia

Dana MITRA : penerima tipu invois, ‘mark up’ harga perbelanjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati penerima-penerima dana peruntukan Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) akan menyediakan invois palsu dengan meletakkan  harga yang telah di ‘mark-up’ sebelum dikemukakan kepada MITRA sebagai bukti perbelanjaan. 

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, penerima-penerima berkenaan akan menyeleweng dana berkenaan untuk kepentingan peribadi. 

Kata sumber itu, mereka mengambil kesempatan atas kelemahan pihak MITRA yang tidak membuat pengesahan perbelanjaan secara terperinci. 

“Mereka tahu, pihak Mitra hanya bergantung kepada Laporan Perbelanjaan Berkala yg dikemukakan oleh syarikat dan tidak membuat semakan secara terperinci,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata sumber itu, penggunaan dana yang sebahagiannya diselewengkan untuk kegunaan peribadi atau perniagaan akan disyorkan kesalahan di bawah Pecah Amanah di bawah Seksyen 403, Seksyen 405 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Jelas sumber itu, bagi laporan pelaksanaan yang tidak benar, syor kesalahan akan dilakukn di bawah Seksyen 18 akta SPRM 2009, Seksyen 468 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

“Isu-isu lain, seperti salah guna kuasa di dalam persatuan misalnya, pemberian kerja program kepada saudara dan bayaran ‘management fee’ untuk diri sendiri akan disyorkan kesalahan di bawah seksyen 23 Akta SPRM 2009,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya