China kaji risiko keselamatan tempat duduk 'graviti sifar' dalam EV

China kaji risiko keselamatan tempat duduk ‘graviti sifar’ dalam EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China memberi amaran mengenai risiko keselamatan melibatkan penggunaan tempat duduk dikenali sebagai ‘graviti sifar’ menerusi draf peraturan keselamatan untuk kenderaan elektrik (EV) yang dikeluarkan kementerian industrinya semalam.

Langkah itu diambil ketika pihak berkuasa Beijing memperketat pemantauan terhadap industri EV yang berkembang pesat.

Tempat duduk graviti sifar dengan penyandar belakang boleh laras pada sudut baring lebih rendah kini semakin banyak dipasang dalam EV seiring peningkatan kokpit pintar.

“Apabila tempat duduk ini berada dalam posisi separa baring, keselamatan penumpang ketika pelanggaran mungkin tidak dapat dijamin,” menurut kementerian dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa China kini mendapatkan maklum balas awam sehingga 25 Julai berhubung langkah keselamatan mandatori membabitkan tempat duduk kenderaan, penyandar kepala serta usaha kitar semula termasuk proses meleraikan dan menghancurkan bateri kuasa automotif.

Draf peraturan baharu itu diperkenalkan ketika pengawal selia memberi tumpuan lebih besar terhadap aspek keselamatan EV susulan beberapa kemalangan maut pada 2025 melibatkan sedan SU7 keluaran Xiaomi, pemain baharu berprofil tinggi dalam industri tersebut.

Pada 2026, kementerian berkenaan turut mengarahkan pengharaman bermula 2027 terhadap penggunaan pemegang pintu kereta ‘tersembunyi’ yang berfungsi menerusi alat kawalan jauh, telefon bimbit atau tekanan manual.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN