Mara siasat video buli pelajar - Utusan Malaysia

Mara siasat video buli pelajar

PENGARAH Urusan Canggih Sutera Sdn.Bhd., Rozamir Zulkifli (kanan) menunjukkan beg keluaran Canggih Sutera Sdn. Bhd, kepada Azizah Mohd. Dun (tengah) pada pelancaran program Canggih Go dan pembukaan outlet syarikat itu di Ampang Baru di Ipoh hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Azizah Mohd. Dun terkejut melihat rakaman video kejadian buli melibatkan pelajar yang dikatakan berlaku di sebuah sekolah di bawah kelolaan Mara di negeri ini.

Azizah berkata, berikutan itu, pihaknya akan menyiasat kesahihan rakaman video yang tular itu.

“Kami akan menyiasat kesahihan video tersebut dan pasti akan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat.

“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

“Perkara ini tidak sewajarnya dijadikan sebagai satu budaya kerana pelajar-pelajar ini masih di bawah umur dan masa depan mereka perlu dilindungi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas  melancarkan program Canggih Go dan pembukaan outlet Canggih Sutera Sdn.Bhd. di Ampang Baru di sini hari ini.

Azizah mengakui terkejut melihat rakaman video pelajar ditumbuk ketika ditunjukkan oleh wartawan pada program tersebut.

“Saya terkejut melihat video ini kerana ia merupakan budaya yang tidak sihat dalam kalangan pelajar sekolah.

“Ini budaya yang tidak sihat dan pastinya kita semua tidak mahu ia berulang lagi,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 10 saat tular dalam media sosial seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain di dalam asrama.

Video tersebut tular di Twitter dan mendapat perhatian warganet dengan tontonan lebih 528,000 dan lebih 30,000 perkongsian. 

Terdahulu hari ini,  Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, beliau telah mengarahkan polis Kuala Kangsar untuk menjalankan siasatan ekoran kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah sekolah di Kuala Kangsar. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN