Polis siasat dakwaan gangguan seksual membabitkan anggota MPV - Utusan Malaysia

Polis siasat dakwaan gangguan seksual membabitkan anggota MPV

TANGKAP layar status pemilik akaun Twitter 'Lord Pretty' yang mendakwa anggota polis melakukan gangguan seksual terhadapnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Satu siasatan akan dijalankan berhubung dakwaan gangguan seksual melibatkan petugas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) polis terhadap seorang wanita yang tular dalam laman sosial Twitter.

Justeru, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memohon pemilik akaun Twitter ‘Lord Pretty’ yang mendakwa anggota polis menaiki polis melakukan perbuatan berkenaan terhadapnya diminta tampil membuat laporan polis.

Kata beliau, ciapan Twitter di akaun @qhaishaaantsha itu tular semalam mendakwa anggota polis terbabit melakukan gangguan seksual terhadapnya.

“Kereta peronda polis Honda Civic yang dimuatnaik disahkan adalah kereta peronda polis milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Berikutan itu, siasatan terperinci akan dijalankan untuk mengesahkan kesahihan dakwaan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Fakhrudin, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya wujud salah laku seperti yang didakwa.

“Polis tidak akan sesekali berkompromi dalam apa jua isu berhubung kait dengan pelanggaran undang-undang membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di IPD Petaling Jaya.

“Sehubungan itu, masyarakat diminta untuk tampil membuat pengaduan ke balai polis yang berhampiran sekiranya berlaku salah laku dan pelanggaran undang-undang yang membabitkan anggota polis,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN