Mayat bayi ditemukan di batas sawah - Utusan Malaysia

Mayat bayi ditemukan di batas sawah

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Mayat bayi perempuan berusia lingkungan sembilan bulan ditemukan selepas dipercayai dibuang di sebuah kawasan batas  sawah padi  berhampiran lorong Taman Serai Muda ke Kampung Padri dekat sini semalam.

Mayat bayi yang ditemukan itu tidak berbaju, dalam keadaan membengkak dan membusuk  dijumpai seorang pesawah lelaki yang juga pemilik tanah pada kira-kira pukul 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, siasatan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang dokumen atau kain balutan berkaitan kes itu.

“Status hidup atau mati semasa dilahirkan tidak dapat dipastikan kerana organ dalaman mayat telah hancur.

“Setakat ini, punca kematian bayi tidak dapat dipastikan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Mazuki, kali terakhir pemilik tanah melalui kawasan mayat ditemukan ialah  pada Ahad lalu pada kira-kira pukul 4.30 petang untuk menjalankan kerja membaja.

Katanya, namun pada masa itu belum terlihat mayat bayi tersebut.

“Mayat bayi telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan dan membuang mayat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya