Anggota polis guna nombor pendaftaran pelik, keliru disaman - Utusan Malaysia

Anggota polis guna nombor pendaftaran pelik, keliru disaman

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan saman dikenakan terhadap seorang anggota polis selepas videonya menunggang motosikal dengan menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan ditularkan dalam media sosial semalam.

Menerusi rakaman video berdurasi 21 saat itu, anggota unit ronda dari Balai Polis Ampang berkenaan turut dikesan menunggang motosikal dengan tidak mempunyai cermin pandang belakang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, susulan penularan video berkenaan, tindakan berlandaskan undang-undang telah diambil terhadap anggota tersebut dengan mengeluarkan dua saman trafik bagi kesalahan yang dilakukan.

“Tindakan saman itu dikeluarkan sebaik sahaja satu video tular di aplikasi TikTok yang mendakwa terdapat seorang anggota polis telah melanggar peraturan kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan sesiapa termasuklah pegawai atau anggota sendiri sekiranya dikesan melanggar peraturan yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN