Pengawal keselamatan hilang selepas lapor kejadian curi sawit - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan hilang selepas lapor kejadian curi sawit

MUHAMMAD SHAHRIZUAN PAIRON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang pengawal keselamatan dipercayai hilang ketika melakukan rondaan di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Ladang Ulu Remis, Layang-Layang, di sini petang semalam.

 

Mangsa, Muhammad Shahrizuan Pairon, 22, dilaporkan hilang oleh pengurus ladang di tempatnya bekerja pada pukul 12.15 pagi ini selepas majikan tidak menjumpainya.

 

Bapa saudara mangsa, Adanan Baharudin, 61, berkata, anak saudaranya itu sempat melaporkan berlaku kes kecurian buah kelapa sawit pada pukul 7.22 petang semalam yang dihantar ke kumpulan WhatsApp tempat kerjanya.

 

“Rakan sekerja Muhammad Shahrizuan mendapati pagar di ladang berkenaan telah dipecahkan, tetapi, palangnya dalam keadaan bertutup.

 

“Mereka mencari anak saudara saya, namun, tidak menjumpainya termasuk motosikal jenis Honda Wave yang dinaikinya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Katanya, kejadian berkenaan terus dilaporkan ke pihak majikan mereka dan usaha mencari Muhammad Shahrizuan dijalankan selepas itu hingggalah dihentikan sementara pada 3 pagi hari ini.

 

“Percubaan menghubungi telefon bimbitnya tidak berjaya dan usaha mencarinya kemudian disertai polis selain polis bantuan,” katanya.

 

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

 

Beliau berkata, sehingga kini, operasi berkenaan masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai berhampiran.

berhampiran. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya