PETALING JAYA: Aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran di negara ini menunjukkan penurunan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kawalan ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguat kuasa lain sepanjang tempoh itu. Perkara itu terbukti apabila sebanyak 2,669 migran terdiri daripada 1,915 lelaki dan wanita (754) ditahan dalam tempoh tahun lalu sehingga 30 April lepas. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,898 migran ditahan pada tahun lalu manakala 771 orang…










