PATI di Sabah: Selesaikan atau biarkan? - Utusan Malaysia

PATI di Sabah: Selesaikan atau biarkan?

Perkampungan atas air di Sepanggar, Sabah antara yang didakwa menjadi tumpuan pendatang asing tanpa izin. - UTUSAN/FAUZAN AZIMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil langkah drastik bekerjasama dengan Filipina untuk menyelesaikan isu warga tanpa kerakyatan di Sabah yang semakin membimbangkan.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Mohd. Hazmi Mohd. Rusli berkata, kerajaan hanya ada dua pilihan sama ada mengambil langkah segera menyelesaikan isu tersebut atau membiarkan masalah tersebut berlarutan.

Beliau berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) perlu memainkan peranan penting dalam menjejak mana-mana individu yang tiada dokumen sah.

“Sukar untuk mengenal pasti sama ada mereka ini berasal dari Filipina atau bukan sebab mereka lahir di Sabah, jadi kerajaan perlu menimbangkan untuk melihat latar belakang rakyat di situ yang tidak berdaftar agar boleh didaftarkan sebagai rakyat Malaysia.

“Ini kerana, kalau mereka dihantar pulang ke Filipina mereka tidak diterima kerana tiada dokumen yang menyatakan mereka berasal dari sana,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar ini berkenaan status individu tanpa kad pengenalan atau warga tanpa kerakyatan di Sabah yang semakin serius dan boleh mengancam keselamatan negara.

Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman kelmarin menggesa kerajaan mengasingkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mempunyai dokumen sementara sama ada tulen ataupun palsu sebelum langkah mengesan kesahihan dokumen dimulakan.

Mohd. Hazmi berkata, kerajaan perlu turun padang bagi melihat situasi sebenar dan menyelesaikan segera masalah tersebut.

“Hanya dengan campur tangan kerajaan masalah ini dapat diselesaikan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN