Tidak bercadang minta Singapura beri kelonggaran rakyat balik mengundi

Tidak bercadang minta Singapura beri kelonggaran rakyat balik mengundi

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang meminta campur tangan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong bagi memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia di negara itu untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian itu dibuat berdasarkan prinsip bahawa Malaysia juga tidak mahu negara luar campur tangan dalam urusan pilihan raya di negara ini.

Beliau berkata, walaupun hubungan Malaysia dan Singapura berada pada tahap baik serta banyak membantu pembangunan kedua-dua negara, kerajaan tetap menghormati batas urusan dalaman masing-masing.

“Hubungan kita dengan Singapura sangat baik dan ini membantu membangunkan kedua-dua negara, cuma saya juga tahu yang saya mewakili Malaysia.

“Selalunya kita tidak minta mana-mana negara lain campur tangan dalam urusan, termasuk pengundian di Malaysia. Cuma kita maklumkan kepada syarikat dan perusahaan untuk memudahkan tenaga kerja dari Malaysia keluar mengundi.

“Ini sahaja, dan saya tidak bercadang untuk menghubungi Lawrence dalam urusan pengundian atau pemilihan di Malaysia,” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mengenai kesediaan Anwar menghubungi Lawrence bagi membolehkan rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu mendapat kelonggaran untuk pulang mengundi pada PRN Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN