fbpx

20 Januari 2021, 9:15 am

  TERKINI

215 syarikat disenarai hitam, 232 pekerja teraniaya

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 215 syarikat telah disenarai hitam berikutan kegagalan membuat pembayaran di bawah Program Subsidi Upah (PSU) sejak dilaksanakan 1 April lalu. 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, ia melibatkan seramai 232 pekerja yang teraniaya ekoran tindakan syarikat terbabit yang mengelak untuk membuat pembayaran bantuan kewangan kerajaan itu.

“Setakat ini kami telah mengambil tindakan untuk kes sedemikian. 

“Walau bagaimanapun kami belum menerima aduan kes-kes syarikat yang didapati memotong gaji pekerja dan cuti tahunan mereka kerana membuat kerja dari rumah. Oleh itu, kami meminta pekerja tampil membuat aduan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk tempoh enam bulan dengan bayaran sebanyak RM600 hingga RM1,200 bergantung kepada saiz perusahaan.

Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Senarai nama majikan yang membuat permohonan dan diberikan kelulusan untuk program itu ada dipaparkan menerusi laman web Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). 

Pekerja boleh membuat semakan dan mereka dibolehkan membuat aduan terhadap majikan jika tidak menerima bayaran terbabit. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN