Tiada unsur jenayah, buli dalam kematian pelajar SBP

Tiada unsur jenayah, buli dalam kematian pelajar SBP di Kuala Kangsar

MOHD. Alwi Zainal Abidin semasa sidang akhbar di IPK Perak di Ipoh, Perak hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian membabitkan seorang pelajar lelaki tingkatan tiga yang ditemukan maut dalam bangunan sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, penelitian terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut tidak menemukan sebarang unsur buli.

Katanya, pemeriksaan lanjut juga tidak menemukan sebarang kesan kecederaan lain pada tubuh mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak sekolah telah beri tiga siri rakaman video di bilik sakit tersebut dan kami lihat tiada unsur jenayah ataupun kalau dikatakan buli, memang tidak wujud.

“Apabila kami lihat rakaman CCTV, perbuatan yang dilakukan mangsa terbabit adalah atas tindakannya sendiri,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Beliau berkata, proses bedah siasat terhadap mayat pelajar berusia 15 tahun itu telah selesai dijalankan di Unit Forensik Hospital Taiping dengan punca kematian dikenal pasti akibat jerutan pada leher.

Katanya, setakat ini polis telah merakam percakapan 11 individu terdiri daripada enam pelajar dan lima guru selain turut mengambil keterangan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan.

“Mangsa dipercayai kurang sihat dan ditempatkan di bilik sakit sekolah berkenaan sejak Isnin lalu sebelum ditemukan seorang pelajar kira-kira pukul 2.45 petang ketika mahu ke tandas.

“Berdasarkan penelitian rakaman CCTV, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.35 pagi,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, polis masih meneruskan rakaman percakapan beberapa rakan mangsa bagi mendapatkan gambaran lebih menyeluruh mengenai keadaan dan perlakuan pelajar berkenaan sebelum kejadian.

“Kami akan melihat corak perlakuan mangsa berdasarkan keterangan rakan-rakannya,” katanya.- UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini