Pengurusan cekap perkukuh kemampuan kerajaan bantu rakyat - Utusan Malaysia

Pengurusan cekap perkukuh kemampuan kerajaan bantu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejayaan kerajaan mengurus kewangan negara secara berhemah dan membendung ketirisan bukan sahaja membolehkan subsidi minyak dikekalkan, malah memberi ruang untuk menaikkan gaji penjawat awam serta menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, harga minyak rendah dinikmati rakyat bukan diperoleh secara percuma sebaliknya membabitkan tanggungan kewangan besar oleh kerajaan.

“Kerajaan kena tampung kos subsidi sebanyak RM40 bilion setahun untuk pertahankan harga minyak. Bagaimana boleh kita tampung RM40 bilion ini, selain RM16 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab kita cermat dalam pengurusan kewangan. Kita elak daripada kecurian, bocor dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu Kali Ke-46 dan Hadiah Kecemerlangan Pendidikan di Taman Tamadun Islam di sini, hari ini.

Anwar mempersoalkan sikap sesetengah pihak memandang ringan perbuatan mencuri apabila dilakukan individu berkedudukan tinggi sedangkan kesalahan sama dalam kalangan murid sekolah dikenakan hukuman.

Katanya, nilai akhlak dan adab diterapkan sejak di bangku sekolah seharusnya terus dipertahankan tanpa mengira kedudukan seseorang dalam masyarakat.

“Inilah sebabnya mengapa bagi saya pendidikan itu sangat penting dan bukannya berkisar hanya pendidikan di sekolah semata-mata,” katanya.

Anwar turut menegaskan pendidikan kekal menjadi keutamaan kerajaan, apabila menerima peruntukan terbesar sepanjang empat tahun pelaksanaan Belanjawan Madani.

Katanya, peruntukan sektor pendidikan meningkat daripada RM66.2 bilion tahun lalu kepada RM69 bilion tahun ini diikuti sektor kesihatan kedua sebelum diikuti pertahanan dan sebagainya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini