Kes bunuh: Penghuni pusat penjagaan mental direman - Utusan Malaysia

Kes bunuh: Penghuni pusat penjagaan mental direman

ANGGOTA polis mengiringi lelaki (tiga dari kiri) untuk permohonan reman kes bunuh rakannya di Mahkamah Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang penghuni pusat penjagaan dan rawatan pesakit mental di Taman Kempas di sini direman bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki di premis itu malam kelmarin.

Lelaki beralamat di Tasek Gelugor, Pulau Pinang berusia 51 tahun itu direman selama enam hari bermula hari ini hingga Isnin depan bagi siasatan lanjut kes terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati lelaki tersebut disyaki mempunyai kaitan dengan kes bunuh seorang penghuni berusia 42 tahun yang dikatakan menghidap Skizofrenia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kira-kira pukul 7.02 malam hari kejadian, mangsa berasal dari Machang, Kelantan ditemukan tidak sedarkan diri di pusat jagaan berkenaan.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang petugas di pusat itu sebelum petugas perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurut Hanyan, pihaknya juga telah merakam keterangan beberapa petugas pusat berkenaan untuk membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kata Hanyan, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah mendapati mangsa meninggal dunia kerana kecederaan akibat hentakan kuat oleh objek tumpul pada bahagian dada.

Semakan rekod mendapati lelaki yang ditahan mempunyai sembilan rekod lampau membabitkan kes jenayah dan enam rekod berkaitan dadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini