Dashviin terima anugerah Celik Quran

Dashviin terima anugerah Celik Quran

Dashviin Dev menerima hadiah bagi kategori celik Al-Quran dalam majlis anugerah prestasi Pasti Ad-Deen baru-baru ini yang disampaikan Adun Beserah, Andansura Rabu (kanan, belakang) diiringi wakil pihak sekolah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tidak pernah terlintas di fikiran C. Bunanasvari, 35, anaknya yang berusia empat tahun mampu mempelajari asas bacaan al-Quran sehingga me­nerima anugerah Celik al-Quran di sebuah pusat pendidikan prasekolah berteraskan Islam.

Lebih membanggakan, kejayaan anak keduanya, Dashviin Dev itu menjadi pengalaman cukup bermakna buat Bunanasvari dan suaminya, S. Jeevan, 35, yang bukan beragama Islam.

Bunanasvari berkata, dia berasa terkejut apabila mengetahui kemampuan anaknya menguasai pembelajaran berkenaan, namun dalam masa sama cukup bangga melihat perkembangan positif yang ditunjukkan sejak mengikuti pendidikan di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Ad-Deen, Balok Makmur di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pengiktirafan itu menjadi satu permulaan baik buat Dashviin untuk terus belajar, selain membuktikan kanak-kanak mampu menerima ilmu baharu apabila diberikan peluang dan bimbingan sewajarnya.

“Sejujurnya saya tidak sangka dia boleh belajar sehingga ke tahap ini. Apabila melihat sendiri dia menerima anugerah Celik al-Quran, saya berasa sangat terkejut tetapi pada masa sama bangga.

“Ini satu permulaan yang baik untuk dia. Kami gembira melihat perkembangan dan pencapaiannya walaupun masih kecil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurutnya, keputusan menghantar Dashviin ke Pasti bukan didorong faktor agama, sebaliknya bermula daripada pemerhatian terhadap perkembangan positif seorang anak jiran yang pernah mengikuti pendidikan di institusi berkenaan.

Katanya, jiran mereka turut mencadangkan supaya Dashviin diberikan peluang belajar di Pasti yang terletak berhampiran kediaman mereka di Balok Makmur.

“Kami melihat sendiri perubahan anak jiran yang sangat positif, jadi dia mencadangkan supaya kami mencuba menghantar Dashviin ke Pasti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini