Chau Yen mahu perkasa infrastruktur, bela golongan rentan di Bandar Hilir - Utusan Malaysia

Chau Yen mahu perkasa infrastruktur, bela golongan rentan di Bandar Hilir

LENG Chau Yen mengedarkan risalah kempen di sekitar Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penambahbaikan infrastruktur dan pembelaan hak golongan rentan menjadi antara keutamaan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir, Leng Chau Yen sekiranya diberikan mandat sekali lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, tumpuan itu merangkumi usaha menaik taraf kemudahan awam serta memperjuangkan hak golongan yang memerlukan perhatian, termasuk wanita, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas.

Menurutnya, masih terdapat infrastruktur di kawasan berkenaan yang memerlukan penambahbaikan bagi memastikan keperluan masyarakat setempat terus diberikan perhatian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang pertama, saya rasa saya akan naik taraf infrastruktur di kawasan saya dan juga akan lebih pergi mempertahankan hak-hak kemanusiaan.

“Contohnya macam wanita, orang kurang upaya, kanak-kanak dan warga emas agar kehidupan mereka lebih terbela,” katanya ditemui pemberita selepas berkempen di Bandar Hilir, semalam.

Dalam pada itu, Chau Yen turut menyeru golongan muda supaya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada 14 November ini, selain memberikan sokongan kepada calon PH.

“Saya harap kita punya pemuda-pemudi, 14 November, kita ramai-ramai tolong undi. Undilah calon Pakatan Harapan,” katanya. 

Sebagai rekod, Chau Yen memenangi kerusi DUN Bandar Hilir pada PRN-15 dengan majoriti 7,778 undi, menewaskan Lee Kah Sean (BN-MCA) yang memperoleh 1,313 undi dan Clarice Chan Ming Wang (PN-GERAKAN) dengan 634 undi daripada keseluruhan 19,909 pengundi berdaftar. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini