Anwar zahir takziah pemergian wakil calon PH DUN Asahan - Utusan Malaysia

Anwar zahir takziah pemergian wakil calon PH DUN Asahan

ANWAR Ibrahim kongsikan gambarnya bersama mendiang Samivel sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian wakil calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Samivel yang terkorban dalam nahas jalan raya di Melaka, tengah hari tadi.

Anwar berkata, mendiang yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Alor Gajah merupakan seorang pejuang parti yang telah lama memberikan khidmat dan menunjukkan kesetiaan terhadap perjuangan Keadilan.

“Sebagai Ketua Cabang Keadilan Alor Gajah, saudara Samivel telah lama berkhidmat dan bersetia dengan perjuangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Moga jasa dan semangat beliau terus membimbing langkah kita dalam meneruskan perjuangan ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang serta rakan seperjuangan yang terkesan dengan pemergian itu.

“Ingatan serta doa saya dan Azizah kini bersama keluarga mendiang serta sahabat-sahabat seperjuangan.

“Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian getir ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini