Tiga suspek curi kabel ditahan polis - Utusan Malaysia

Tiga suspek curi kabel ditahan polis

BARANG yang dirampas susulan tangkapan terhadap tiga lelaki dipercayai suspek curi kabel di sekitar Ipoh, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menumpaskan kegiatan curi kabel di daerah ini susulan penahanan tiga lelaki dalam serbuan di sebuah kebun berpagar zink, di sini Ahad lalu.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 20 hingga 38 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) D4, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, kira-kira pukul 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas 65 batang kabel pelbagai saiz yang disyaki milik Telekom Malaysia (TM).

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, turut dirampas dalam serbuan itu sebuah Toyota Hilux berwarna putih, sebuah Honda Civic berwarna kelabu dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan kesemua suspek warga tempatan itu dengan kes-kes lain di sekitar Ipoh.

“Kertas siasatan kes berkenaan dibuka mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah diminta tampil membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada IPD Ipoh atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Ipoh menerusi talian 05-2451500 atau 05-2451562,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini