Polis ambil keterangan enam saksi babit siasatan MyEG

Polis ambil keterangan enam saksi babit siasatan MyEG

DATUK RUSDI MOHD ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai enam orang saksi telah dipanggil dan dirakam keterangan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM230,913,503.55 yang melibatkan MY E.G. Services Berhad (MyEG) dan Zetrix AI Berhad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, beberapa individu lain turut akan dipanggil untuk memberikan keterangan. 

Katanya, tindakan itu dilakukan selepas JSJK menerima satu laporan polis pada 7 Oktober lalu berhubung transaksi kewangan berkenaan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Dokumen-dokumen berkaitan telah diterima dan sedang diteliti manakala siasatan masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rusdi menegaskan, setiap siasatan dijalankan secara bebas, telus dan profesional serta berlandaskan undang-undang. 

Katanya,mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam perlakuan jenayah akan dikenakan tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Orang ramai turut diingatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

“Tindakan sedemikian boleh mengelirukan masyarakat dan berpotensi menjejaskan proses siasatan. Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi sahaja,” jelasnya di sini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini