Syarikat ambil kesempatan guna lesen eksplorasi, lombong emas haram di Kelantan - Utusan Malaysia

Syarikat ambil kesempatan guna lesen eksplorasi, lombong emas haram di Kelantan

MOHAMED FADZLI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Beberapa syarikat dikesan mengambil kesempatan terhadap kebenaran eksplorasi yang diberikan oleh Kerajaan Kelantan dengan menjalankan kegiatan perlombongan haram di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, susulan itu tindakan penguatkuasaan sudah diambil terhadap syarikat terbabit, termasuk tangkapan dan penyitaan jentera yang digunakan dalam kegiatan berkenaan.

Katanya, kebenaran eksplorasi hanya membolehkan syarikat menjalankan aktiviti tertentu bagi menentukan kesesuaian sesuatu kawasan untuk dilombong serta menganggarkan potensi hasil galian sama ada berbaloi untuk diusahakan atau sebaliknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, kita dapati ada sesetengah syarikat yang hanya diberikan kebenaran untuk melakukan eksplorasi, tetapi apabila memasuki kawasan berkenaan, mereka menjalankan kegiatan perlombongan secara haram.

“Bagi kes berkenaan, kita sudah melakukan tangkapan dan rampasan membabitkan aset serta jentera syarikat terbabit,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Fadzli memberitahu, sebanyak 104 operasi bersepadu berkaitan kegiatan perlombongan dijalankan sejak 2024 hingga kini, dengan kebanyakannya membabitkan perlombongan emas.

Katanya, ebanyak 100 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkenaan, dengan 49 kes selesai manakala selebihnya masih dalam siasatan.

“Pihak berkuasa turut menyita 62 jengkaut yang dianggarkan bernilai RM15.8 juta dalam tempoh sama.

“Apa yang paling penting, kita berjaya menyekat ketirisan dan kecurian,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini