Sekolah di Kinta, Kuala Kangsar ditutup akibat jerebu - Utusan Malaysia

Sekolah di Kinta, Kuala Kangsar ditutup akibat jerebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Daerah Kinta dan Kuala Kangsar ditutup berikutan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencatat bacaan tidak sihat susulan keadaan jerebu.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata, penutupan itu berkuat kuasa serta merta hari ini sehingga dimaklumkan semula oleh JPN negeri.

Menurutnya, penutupan sekolah dibuat selepas bacaan IPU di stesen pemantauan di Tasek Ipoh mencatat bacaan IPU tidak sihat 180 setakat 11 pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu pihak sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.

“Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, ibu bapa diminta mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan.

Menurutnya, ibu bapa juga dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berkaitan pembukaan sekolah dan hanya merujuk kepada makluman rasmi JPN Perak.

“PPD terlibat diminta memastikan makluman disampaikan kepada semua sekolah, institusi pendidikan, guru, AKP, ibu bapa, penjaga dan murid di daerah masing-masing.

“Pihak sekolah hendaklah terus membuat pemantauan keadaan semasa dan mengutamakan keselamatan, kesihatan serta kebajikan murid dan warga pendidikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini