PRN Melaka: Tiga nama calon setiap kerusi

PRN Melaka: Tiga nama calon setiap kerusi

AB. Rauf Yusoh bersama Ahli Jawatankuasa Perhubungan UMNO Melaka selepas mempengerusikan mesyuarat di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka malam tadi. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Enam UMNO Bahagian di Melaka perlu mengemukakan tiga nama calon termasuk penyandang kerusi untuk dipertimbangkan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, senarai akan diperhalusi sebelum sebarang keputusan mengenai calon dibuat sebelum hari penamaan.

Menurutnya, meskipun UMNO sudah mengumpulkan nama-nama yang boleh dipertimbangkan, keputusan muktamad berhubung calon yang akan bertanding di 21 kerusi yang dimiliki Barisan Nasional (BN) belum dibuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, BN tidak mahu tergesa-gesa menentukan calon kerana masih mempunyai masa sebelum proses penamaan berlangsung.

“Calon belum lagi. Saya baru minta nama-nama calon daripada ketua-ketua bahagian yang boleh dipertimbangkan untuk diperhalusi. Jadi belum lagi. Masa banyak lagi.

“Setakat ini perbincangan mengenai calon masih berada pada peringkat awal,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri di Seri Bendahara di sini malam tadi.

Ab. Rauf berkata, UMNO memberi tumpuan kepada persiapan jentera pilihan raya di semua peringkat bagi memastikan parti itu berada dalam keadaan bersedia menghadapi PRN.

Beliau berkata, jentera di setiap bahagian telah diarahkan membuat persiapan dan akan dilancarkan sebelum hari penamaan calon.

Katanya, UMNO tidak memandang ringan penyertaan parti-parti lain yang dijangka menawarkan diri untuk bertanding di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dan bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan.

“UMNO sentiasa bersedia menghadapi seribu satu kemungkinan. Pastinya kita akan menjurus kepada kekuatan kita untuk menakluki kawasan-kawasan 21 yang kita memenangi dulu,” katanya.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×