Polis kesan lelaki tendang penunggang motosikal di Pantai Sri Tujuh

Polis kesan lelaki tendang penunggang motosikal di Pantai Sri Tujuh

TANGKAP layar memaparkan seorang penunggang motosikal terjatuh selepas dipercayai ditendang individu dalam kejadian di Pantai Sri Tujoh, Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Polis giat mengesan individu yang terlibat dalam kejadian menendang seorang penunggang motosikal di kawasan Pantai Sri Tujuh, di sini, yang tular dalam laman sosial Facebook ‘Info Tumpat Loni’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung video berkenaan kelmarin dan siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu-individu yang terlibat dalam rakaman tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, penunggang motosikal berkenaan belum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Katanya, mangsa serta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman asal, termasuk rakaman kamera papan pemuka diminta tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Muhamad Zulazri Mohammad di talian 011-11486922 atau hadir ke balai polis berhampiran,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN