PN cabar RoS, kemuka rayuan kepada Menteri Dalam Negeri - Utusan Malaysia

PN cabar RoS, kemuka rayuan kepada Menteri Dalam Negeri

pru15
TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) akan mencabar keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan pendaftaran gabungan itu, termasuk mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata tindakan mencabar itu akan dimulakan dengan memasukkan permohonan dalam sesi pendengaran permohonan penangguhan PN di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Khamis nanti

Beliau berkata, rayuan itu perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan RoS, selain Menteri Dalam Negeri melalui Seksyen 8 Akta 832 itu boleh mengesahkan, menolak atau mengubah keputusan Pendaftar dengan ia adalah muktamad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) memberikan hak rayuan kepada mana-mana pertubuhan tempatan, pemegang jawatan, anggota atau pihak terkilan dengan keputusan RoS kepada Menteri Dalam Negeri.

“Justeru, PN akan mencabar kesahihan Perintah Pembatalan dan memohon supaya pelaksanaan serta segala kesannya ditangguhkan sementara menunggu penentuan mahkamah. PN juga menggesa Peguam Negara menjelaskan tindakan ini berhubung pendirian Jabatan Peguam Negara di mahkamah ketika pendengaran permohonan penangguhan PN, Khamis ini,” katanya di Parlimen hari ini.

Sebelum ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran PN selepas penjelasan dan representasi yang dikemukakan gabungan itu didapati tidak dapat menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

Menerusi kenyataan, RoS memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas Pendaftar Pertubuhan meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan PN susulan notis bertarikh 22 September 2026.

Menurut jabatan itu, pihaknya menerima maklum balas daripada PN pada 12 Oktober lalu sebelum mendapati alasan yang diberikan tidak dapat menyangkal asas pembatalan pendaftaran gabungan berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini