38 sampel petrol didakwa bercampur air dianalisa

38 sampel petrol didakwa bercampur air dianalisa

MUHAMMAD NIZAM JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menerima sebanyak 52 aduan pengguna berkaitan petrol disyaki bercampur air setakat ini selain memeriksa 39 buah stesen minyak terlibat.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, setakat ini sebanyak 38 sampel minyak daripada stesen berkenaan diambil bagi siasatan lanjut.

“Kami menerima sebanyak 52 aduan, memeriksa 39 stesen minyak dan mengambil 38 sampel. Semua sampel yang diambil dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memandangkan perkara ini melibatkan rangkaian bekalan yang luas, kami turut memaklumkan kepada Ibu Pejabat KPDN untuk penyelarasan kerana bekalan itu bukan hanya melibatkan satu pihak sahaja,” katanya pada sidang akhbar kes penyelewengan diesel, hari ini. 

Beliau berkata, pihaknya turut menerima satu lagi aduan berkaitan perkara tersebut melibatkan sebuah stesen minyak di Alor Setar, hari ini sebelum mengarahkan anggota KPDN ke lokasi untuk mengambil sampel. 

Katanya, siasatan kes tersebut berterusan dan KPDN menunggu keputusan makmal terhadap sampel tersebut bagi tindakan lanjut.

“Sebaik menerima aduan, kita akan terus mengambil sampel tanpa berlengah. Sampel juga tidak diambil di bengkel membaiki kenderaan sebaliknya di punca bekalan bagi mengelak sebarang kemungkinan sampel diusik atau diubah,” katanya. 

Jelas beliau, kesimpulan sama ada minyak berkenaan bercampur air, minyak lain atau bahan kimia lain tidak boleh dilakukan hanya berdasarkan pemerhatian fizikal semata-mata tanpa melalui analisa Jabatan Kimia.

“Apabila keputusan Jabatan Kimia diperoleh, kita akan meminta pihak Ibu Pejabat KPDN membuat penyelarasan sebelum memaklumkan hasilnya kepada orang ramai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini