Pesawah keluar wang sendiri beli benih

Pesawah keluar wang sendiri beli benih

Pendapatan pesawah
PESAWAH masih berdepan isu pendapatan dan kos pengeluaran padi tidak seimbang selain risiko bencana seperti banjir, kemarau, penyakit serta serangan serangga perosak yang menyebabkan hasil merosot. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pesawah mendakwa subsidi benih padi berjumlah RM20.60 tidak banyak membantu selepas mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri membeli benih dengan harga mencecah RM56 hingga RM65 sekampit.

Pengerusi Suara Tani Malaysia, Mohd. Shazwan Suban berkata, kenaikan harga benih padi tersebut menyebabkan kos pesawah meningkat antara RM35 sehingga RM45.

Katanya, harga berkenaan sangat membebankan pesawah dan beliau turut difahamkan di sesetengah kawasan harga melonjak lebih tinggi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, kenaikan harga benih padi secara berterusan itu sekali gus menenggelamkan nilai subsidi yang disalurkan oleh kerajaan.  

“Walaupun subsidi benih padi kekal pada kadar RM20.60 namun apabila harga benih terus meningkat menyebabkan subsidi berkenaan tidak banyak membantu pesawah selain membebankan golongan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Katanya, harga benih padi pada 2021 hanya sekitar RM35 meningkat kepada RM45 pada 2023 dan tahun ini mencecah RM56 termasuk ada mencecah RM60 hingga RM70 bergantung kepada varieti, gred serta permintaan pasaran.

“Apabila kos input pertanian terus meningkat, margin keuntungan pesawah menjadi semakin berkurangan sehingga ada yang terpaksa menanggung hutang semata-mata untuk memulakan musim penanaman baharu,” katanya.

Sementara itu, beliau menuntut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mendedahkan secara terbuka berkaitan struktur harga sebenar benih padi, kos pengeluaran, pemprosesan, pembungkusan, pengangkutan, margin pengedar dan harga jualan akhir bagi setiap kampit itu.

“Selain itu, berkaitan mekanisme penyaluran subsidi RM20.60 tersebut, siapa penerima bayaran, bagaimana pembayaran dibuat, kepada siapa subsidi disalurkan dan bagaimana jumlah tersebut disahkan.

“Perlu didedahkan senarai syarikat dan pembekal terlibat, kaedah pemilihan, tempoh kontrak, kuantiti bekalan serta nilai kontrak kerajaan yang tertakluk pada keperluan perlindungan maklumat yang sah.

“Buktikan juga adakah subsidi disalurkan itu benar-benar mengurangkan kos input pesawah. Kita tidak mahu jawapan sekadar menyatakan kerajaan telah menyediakan subsidi sebaliknya kemukakan angka, kaedah pengiraan, rekod pembayaran dan hasil audit yang boleh disemak.

“Jika terdapat kelemahan, ketirisan atau manipulasi, kenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan ambil tindakan sewajarnya. Pesawah berhak mengetahui bagaimana peruntukan yang besar namun pesawah masih terpaksa menanggung beban ekoran harga benih yang tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pesawah, Mohd. Iqmal Ghazali, 36, berkata, kenaikan harga benih padi sememangnya memberi kesan kepada pesawah dalam memulakan musim tanaman baharu.

Katanya, harga benih padi tidak seperti dahulu sekitar RM35 hingga RM40, berbanding sekarang dengan ada kedai menjual dengan harga RM48, RM55 dan pelbagai harga lain yang agak tinggi.

“Kenaikan tersebut yang menyebabkan kos saya yang mengusahakan padi di kawasan seluas lima relung itu meningkat. Dahulu harga benih padi rendah namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini sentiasa meningkat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini