Penjawat awam Kelantan dapat bonus RM1,500

Penjawat awam Kelantan dapat bonus RM1,500

MOHD. Nassuruddin Daud menunjukkan buku Belanjawan Kelantan 2027. - IHSAN DATUK MOHD. NASSURUDDIN DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam di negeri ini bermula dari Gred Utama B dan ke bawah termasuk kakitangan lantikan kontrak.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, peruntukan itu melibatkan implikasi kewangan keseluruhan sebanyak RM7.13 juta.

Katanya, pemberian itu sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan dan dedikasi penjawat awam yang memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda pembangunan negeri serta memenuhi keperluan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembayaran bantuan khas kewangan ini dilaksanakan dalam dua peringkat, iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri dan menjelang ambang Hari Kebangsaan,” katanya semasa  membentangkan Belanjawan Kelantan 2027 di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin berkata, bantuan berkenaan turut dipanjangkan kepada lantikan politik dengan kadar bantuan ditentukan oleh kerajaan negeri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini