Penduduk tepi sungai bersiap sedia kemungkinan banjir

Penduduk tepi sungai bersiap sedia kemungkinan banjir

AIR sungai melimpah hingga ke rumah penduduk di Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Penduduk tinggal berhampiran Sungai Perak di sini mula bimbang kemungkinan berlaku banjir susulan peningkatan paras air sungai berikutan kejadian hujan setiap hari sepanjang minggu ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa kampung mula terjejas apabila air Sungai Perak melimpah ke kawasan rumah, antaranya Kampung Bahagia, Kampung Beca, Kampung Durian Sebatang, Kampung Kuala Sungai Manik dan Kampung Kayu Ara Sungai Tunku.

Penduduk Kampung Durian Sebatang, Norizan Salleh, 37, berkata keadaan cuaca mula berubah selepas beberapa bulan mengalami musim panas yang menyebabkan paras Sungai Perak surut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, keadaan ketika ini seolah-olah memasuki musim tengkujuh apabila hujan turun hampir setiap hari, sekali gus menyebabkan paras sungai semakin meningkat.

Katanya, cuaca lazimnya cerah pada sebelah pagi sebelum bertukar mendung dan hujan pada sebelah petang, malah hujan ada kalanya berlarutan hingga malam.

“Hujan yang kerap menyebabkan kawasan rendah berhampiran sungai mula dinaiki air. Biasanya, paras sungai akan meningkat apabila hujan turun berterusan.

“Sudah tentu saya bimbang melihat keadaan ini kerana Teluk Intan kerap dilanda banjir berikutan kedudukannya yang berhampiran sungai.

“Hujan lebat baru-baru ini menyebabkan paras beberapa sungai meningkat termasuk Sungai Batang Padang, Sungai Kinta, Sungai Sungkai, Sungai Bidor dan Sungai Perak. Penduduk perlu bersedia menghadapi kemungkinan banjir,” katanya.

Sementara itu, penduduk Kampung Beca, Idris Mat Hassan, 31, berkata peningkatan paras Sungai Perak kian ketara dan jelas di kawasan jambatan kereta api lama, menghubungkan Kampung Bahagia dengan pekan Teluk Intan.

Air sungai mula memasuki longkang di beberapa kawasan perumahan sekitar Teluk Intan dan menimbulkan kebimbangan kemungkinan banjir.

“Sejak minggu ini, hujan kerap turun pada siang dan malam. Keadaan paras air sungai juga tidak menentu dan ada kalanya air tiba-tiba sampai ke tangga rumah.

“Keadaan air pasang surut menyebabkan penduduk sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir atau air pasang besar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×