Pesakit kanser, Maryani Hasan finalis Wanita Ikon Muda Malaysia - Utusan Malaysia

Pesakit kanser, Maryani Hasan finalis Wanita Ikon Muda Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ts. Maryani Hasan, yang pernah berdepan cabaran kesihatan akibat kanser tahap empat, terpilih sebagai finalis Anugerah Wanita Ikon Muda Malaysia 2026/2027 selepas dinobatkan sebagai Wanita Ikon Muda Melaka bagi edisi sama.

Pencalonan di peringkat kebangsaan itu mengiktiraf penglibatan Maryani dalam usaha memperkasa golongan wanita, khususnya menerusi perkongsian ilmu dan kemahiran bagi membantu mereka mengembangkan potensi diri.

Sebagai seorang profesional dan usahawan, Maryani berkata, dia sentiasa berusaha menggalakkan lebih ramai wanita tampil sebagai pemimpin, pembuat keputusan serta memainkan peranan dalam ekonomi keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pengalaman berdepan pelbagai cabaran kehidupan, termasuk kanser tahap empat, membentuk ketabahan dirinya untuk terus menyumbang kepada masyarakat.

“Setiap ujian yang dilalui mengajar saya untuk menjadi lebih kuat dan terus berbakti kepada masyarakat.

“Saya berharap pengalaman dan ilmu yang dikongsi dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk membina keyakinan diri, berani melangkah ke hadapan dan mencapai potensi mereka,” katanya menerusi satu kenyataan.

Maryani turut komited membantu golongan wanita keluar daripada zon selesa, membina keyakinan diri dan berani bersaing dalam menghadapi cabaran masa depan.

Orang ramai yang ingin memberikan sokongan kepada Maryani boleh mengundi menerusi platform rasmi Anugerah Wanita Ikon Malaysia di pautan https://vote.kelabwanitaikon.com/awim/anugerah-wanita-ikon-26/anugerah-wanita-muda-202627/maryani-binti-hasan.

Undian ditutup pada 15 Oktober 2026.

Anugerah Wanita Ikon Malaysia merupakan platform yang mengiktiraf sumbangan, kepimpinan dan pencapaian wanita dalam pelbagai sektor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini