Kemelut NS tidak jejas sokong jejas sokongan Melayu-Islam

Kemelut NS tidak jejas sokong jejas sokongan Melayu-Islam

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemelut politik di Negeri Sembilan yang berlarutan hingga kini, tidak akan menjejaskan usaha perpaduan Melayu-Islam antara UMNO dan Pas.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dakwaan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew adalah tidak tepat dan terpesong kerana rakyat berkeupayaan menilai bahawa isu berkenaan melibatkan aspek institusi dan perlembagaan negeri, bukannya hubungan kepimpinan kedua-dua parti.

Beliau berkata, momentum perpaduan ummah sebaliknya terus terbina kukuh dan bakal memberi cabaran sengit kepada Pakatan Harapan (PH) serta DAP menjelang pilihan raya akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang Berhormat (YB) Anthony Loke bercakap tentang apa yang beliau yakin. Saya juga berhak menyebut apa yang saya yakin. Saudara yakin kemelut di Negeri Sembilan akan menjejaskan momentum perpaduan Melayu-Islam UMNO-Pas.

“Saya pula yakin, Insya Allah, momentum perpaduan ummah yang sedang terbina akan memberikan masalah yang besar kepada DAP dalam pilihan raya akan datang. Saya yakin banyak kerusi yang dimenangi PH dan juga DAP dalam PRU15 akan berdepan persaingan yang jauh berbeza apabila pola politik Melayu berubah,” katanya.

Beliau bekata demikian menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

ADS:D

Terdahulu, media melaporkan, Anthony Loke yakin UMNO dan Pas tidak mampu mengekalkan naratif perpaduan Melayu-Islam susulan kemelut takhta diraja yang berlarutan di Negeri Sembilan.

Menurutnya, UMNO sebelum ini memberi gambaran bahawa mereka mampu menyelesaikan krisis berkenaan selepas membentuk kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli menolak tanggapan bahawa persepsi pengundi terhadap perpaduan ummah terjejas disebabkan isu penarikan perkenan pelantikan Exco Negeri Sembilan.

Menurutnya, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pejabat Peguam Negara yang tergesa-gesa memberi pendirian dalam isu institusi diraja negeri tersebut adalah perkara utama yang sedang dipersoalkan rakyat.

Beliau mengingatkan bahawa prinsip perlembagaan yang mempertahankan pembatalan jawatan Exco mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri juga boleh terpakai di negeri kawalan PH seperti Pulau Pinang.

Tambahnya, undang-undang serta prinsip perlembagaan tidak sepatutnya berubah mengikut selera politik atau sekadar menguntungkan pihak kerajaan Persekutuan semata-mata.

“Undang-undang tidak sepatutnya berubah mengikut siapa yang menjadi kerajaan dan siapa yang menjadi pembangkang. Prinsip perlembagaan juga tidak boleh menjadi benar ketika ia terkena kepada lawan, tetapi tiba-tiba dianggap salah apabila terkena kepada kawan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN