Ekonomi Jerman, Perancis dan Australia tumbuh sederhana pada 2026

Ekonomi Jerman, Perancis dan Australia tumbuh sederhana pada 2026

EKONOMI Jerman berkembang sebanyak 0.6 peratus pada suku pertama 2026 dan 0.9 peratus pada suku kedua, disokong oleh pengukuhan penggunaan awam, pelaburan swasta bukan kediaman serta eksport.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRESTASI ekonomi di Jerman, Perancis dan Australia dijangka berkembang pada kadar sederhana sepanjang tahun 2026, disokong oleh perbelanjaan awam, sektor pertahanan serta pelaburan dalam teknologi dan infrastruktur digital.

Menurut Laporan Tinjauan Ekonomi 2027, ekonomi Jerman berkembang sebanyak 0.6 peratus pada suku pertama 2026 dan 0.9 peratus pada suku kedua, disokong oleh pengukuhan penggunaan awam, pelaburan swasta bukan kediaman serta eksport.

Bagi keseluruhan tahun 2026, ekonomi Jerman dijangka berkembang 0.7 peratus berbanding 0.2 peratus pada 2025 didorong perbelanjaan sektor pertahanan dan infrastruktur, manakala kadar inflasi diunjur meningkat kepada 2.7 peratus berikutan kenaikan harga tenaga yang dicetuskan oleh konflik di Asia Barat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di Perancis, pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi 2026 dianggar menyederhana kepada 0.6 peratus berbanding 0.9 peratus pada 2025 disebabkan oleh langkah penyatuan fiskal dan permintaan domestik yang lebih lemah.

“Kadar pengangguran di Perancis diunjur meningkat kepada 7.9 peratus berbanding 7.6 peratus pada 2025, manakala kadar inflasi meningkat kepada 1.8 peratus ekoran tekanan harga tenaga terhadap pendapatan boleh guna peribadi,” katanya dalam laporan tersebut. 

Tambah laporan itu, eksport bersih yang kukuh dalam sektor aeronautik dan pertahanan bagaimanapun berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan positif KDNK Perancis.

Sementara itu, KDNK Australia diunjur berkembang sebanyak 1.9 peratus pada 2026, terutamanya didorong oleh pelaburan strategik dalam kecerdasan buatan (AI), teknologi, infrastruktur digital, pertahanan serta perkhidmatan awam.

“Output sektor primer seperti pertanian dan perlombongan di Australia kekal berdaya tahan berikutan keupayaan industri mengadaptasi perubahan kos input dan faktor iklim.

“Kadar pengangguran Australia diunjur mencatat purata sekitar 4.4 peratus, manakala kadar inflasi meningkat kepada 4.1 peratus berbanding 3.2 peratus pada 2025 berikutan tekanan harga sektor perumahan, utiliti dan kos pengangkutan,” tambahnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini