Dua suspek kes kematian pelajar dituduh hari ini

Dua suspek kes kematian pelajar dituduh hari ini

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.-UTUSAN/ MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua suspek ber­kaitan kes kematian pelajar Ting­katan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’aba bakal dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) dan arahan tuduh kedua-dua suspek pertama(B1) dan kedua (B2) di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Ke­seksaan.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah esok pada pukul 9.30 pagi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini, media melaporkan kedua-dua suspek, masing-masing berusia 16 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, yang ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan pada 25 September lalu.

Alzafny dilaporkan berkata, mangsa dipercayai dipukul menggunakan paip getah dan tangan di asrama sekolah berkenaan selepas solat Maghrib.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN